Kelas Asas Ms. Power Point
7 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mei 2016, kelas asas Ms. Power Point dijalankan di Bilik Latihan, Pusat Internet Sibuluh. Seramai 8 orang pelajar sekolah rendah mengikuti kelas tersebut. Teknik menaip, memasukkan audio, video dan gambar ke dalam slaid power point. Selain itu, teknik memilih animasi yang sesuai juga diberi tunjuk ajar kepada pelajar. Dengan teknik pembelajaran yang mudah dapat difahami oleh para pelajar. Ia dapat melatih para pelajar untuk membiasakan diri mereka dengan penggunaan keyboard untuk menaip.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Tayangan video KDB
- Latihan asas diberikan kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: